Featured

BEGINI CARA MEMBUAT SIMPANAN RM50 RIBU SELAMA 3 TAHUN

Semua orang yang dah ada gaji, kena cuba rancang simpan 50% daripada gaji tau. Kalau tak mampu 50%, buat 30% pun boleh, 10% pun takpa. Ikutlah kesanggupan kau sendiri.

Gaji RM2,000 simpan RM1,000 (50%). Konsisten buat 3 tahun, dah ada RM36,000 dalam simpanan. Kalau kau buat, kau dapat. Tak buat, tengok je orang lain buat.

Iya, memang tak mudah nak simpan RM1,000 dengan gaji RM2,000. Tapi kalau matlamat jelas, susah pun kau sanggup. Kalau gaji RM4,000 lagilah senang nak simpan RM1,000 kan. Takda matlamat kehidupan? Baca artikel ni sampai habis.

Dengan simpanan banyak tu, banyak benda anda boleh capai muda-muda ni. Yang penting, kena mulakan simpanan tu. Lambat kau mula, lambatlah merasa kesannya.

Dengan RM36,000 tu, kau boleh jadi modal beli rumah harga RM200,000. Ataupun 2 rumah yang berharga RM100,000 setiap satu. Memang cukup sangatlah.

Ataupun lagi bijak, buat sijil ASB Financing RM185,000 untuk tempoh pembiayaan 30 tahun dengan ansuran bulanan RM1,000. Tapi bukanlah kau kena bayar sampai 30 tahun. Takpa. Teruskan membaca.

Andaikan purata dividen diumumkan 7.00%. Contoh lepas 3 tahun, tunai keseluruhan yang kau dapat adalah RM50,000. Kaya wei. Kaya! Kali pertama pegang duit banyak.

Err. Okaylah tu kan. RM50K – RM36K = RM14K. Untung RM14K berbanding simpanan cara biasa. Siapa pula yang baik hati nak bagi kita extra RM14K kan.

Dengan RM50K tu, boleh jadi modal beli rumah harga RM300K. Atau dua buah rumah berharga RM150K setiap satu. Saya dah kirakan, anda layak. Jangan risau.

Lepas beli dua rumah tu, bolehlah anda beli kereta dan silalah kahwin. Dah sesuai sangat dah tu. Rumah tu tak payah risau, penyewa boleh bayarkan.

Beli rumah pertama subsale ke, lelong ke, undercon ke. Kalau kau faham strateginya, ada ilmu yang sepatutnya, semua boleh buat untung. Modal pun dah ada, kan.

Mula kerja umur 23 tahun. Tiga tahun kemudian umur 26 tahun dah ada dua rumah, kereta dan dah berkahwin. Lengkap sangat dah tu. Lepas tu, belilah rumah lagi dan lagi sampai bosan.

Sumber : Harith Faisal

TEKNIK DAN TIPS LANGSAIKAN PTPTN

𝟭) 𝗞𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝘇𝗶𝗿𝗮𝗻
Mulakan dengan membuat senarai belanja bulanan. Sekiranya kita jarang menonton siaran berbayar, boleh berhentikan sahaja langganan bulanan. Periksa pakej langganan panggilan dan data internet telefon yang bersesuaian dengan penggunaan kita. Kurangkan beli minuman viral. Sekiranya boleh jimat sebulan RM100, setahun kita dah berjimat RM1,200.

𝟮) 𝗖𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻
Zaman sekarang terdapat banyak pilihan pendapatan tambahan di pasaran. Antaranya dropship, catering, penghantar makanan, pemandu grab, program affiliate, konsultan penapis air, konsultan takaful, konsultan unit amanah dan lain-lain. Kurangkan beri alasan sekiranya ingin mencari pendapatan tambahan.

𝟯) 𝗟𝗮𝗯𝘂𝗿 𝗱𝗶 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗶𝗸
Kebiasaannya jumlah PTPTN yang perlu dibayar selepas tamat pengajian peringkat ijazah universiti awam boleh mencecah RM26,000. Bahagikan RM500 sebulan, RM242 untuk bayaran ke PTPTN (supaya tak kena blacklist) dan RM258 sebulan untuk pembiayaan A$B Financing sijil 50k. Selepas 4tahun, jumlah anggaran terkumpul untuk A$B Financing adalah RM17,800 manakala baki PTPTN selepas 4tahun adalah RM15,820. Selepas 4tahun, semua jumlah PTPTN boleh dilangsaikan secara tunai. Siap ada duit berlebihan RM1,980 untuk reward diri setelah bertungkus lumus melangsaikan hutang PTPTN selama 4tahun.

𝟰) 𝗠𝗲𝗺𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗸𝗮𝘂𝗻 𝟮 𝗞𝗪𝗦𝗣
Selain daripada pengeluaran untuk bayaran bulanan pembiayaan rumah, akaun 2 KWSP juga boleh dikeluarkan untuk membayar PTPTN. Kalau boleh elakkan menggunakan tabung persaraan sekiranya masih ada pilihan lain.

KITA HABIS DUIT DIMANA?

#TabungDuit

Kita Habiskan Duit Dimana?
Sumber: Dr Azizul Azli Ahmad

KITA HABIS DUIT DIMANA?

1. Sanggup memandu beribu batu, nak makan mee udang Mak Lang. Dari Kelang sampai ke Sg Udang. Makan semangkuk dah kenyang terlentang.

2. Beli kereta biar jenama luar negara, tukar tayar dan sportrim habis RM5k-RM10k itu biasa. Kawan mesti puji punya.

3. Habis duit rokok sebulan RM350-RM500 itu biasa. “Alah bukan kaya pun orang tak hisap rokok nie”.

4. Bercuti nie mesti hotel berbintang bintang ada kolam renang. RM1500-2500 itu biasa belanja hujung tahun. “Rewardlah diri sikit asik kerja saja”.

5. Tudung dan fesyen jenama yang viral punya, barulah ootd nampak lawa. Beli online tak boleh cuba, sekali pakai nampak macam nangka. Terbang RM100-RM200 itu biasa.

6. Majlis kenduri kahwin biar habis RM20k-30k pun tak mengapa. Biar orang kagum dan nampak lawa.

7. Kita suka kayakan bank, buat pinjaman Peribadi RM50,000 letak dalam ASB dan Tabung Haji. “Untung dapat dividen katanya”. Sedangkan bank dah untung sekali ganda.

8. Beli rumah mewah dan mahal, lepas beli renovasi lagi RM50k nak luaskan dapur supaya mertua rasa selesa bila sampai.

9. Minum di cafe hipster, kopi secawan RM15 punya. Rasa pahit tetap ada. Yang penting ada gambaq cofee yang ada tulis nama kita diatasnya. Barulah bergaya hidup kita.

Jangan buat keputusan yang salah bab duit. Membayarnya buat hati kita terluka.

Pernah Merasa Pedihnya Ini Semua.

#BelajarMenabungKawan.

Sumber : Dr Azizul Azli Ahmad

300,000 PENJAWAT AWAM TIADA RUMAH

“Kau kerja kerajaan bolehlah beli rumah sebab senang lulus. Aku yang kerja swasta ni, nak beli rumah, kena gelak je dengan orang bank.”

Bila baca berita dalam surat khabar semalam, saya rasa dialog kat atas tu dah tak releven. Kerja kerajaan ke, kerja swasta ke, sama je.

Kalau tak sedar sendiri, memang sampai ke sudah tak beli rumah. Tak guna salahkan gaji dan harga rumah. Salahkan diri sendiri dulu.

Hari tu saya ada viralkan kisah fresh graduate kerja gaji RM2,250 beli rumah selepas setahun bekerja. Bagi saya, dia memang power.

Sebabnya, ramai penjawat awam gaji bawah RM3,000 dah kerja bertahun-tahun tapi masih tak dapat beli rumah. 300,000 orang beb.

Penjawat awam ni majoritinya Bumiputera. 60% orang Malaysia adalah Bumiputera, tapi pemilikan hartanah Bumiputera hanya 40%.

Sedih, kan.

Kalau lulus pun permohonan CUEPAC untuk bina rumah mampu milik bawah RM150,000, belum tentu penjawat awam akan ambil peduli.

Sebab:

  1. Mula-mula bekerja dah gigih buat Personal Loan untuk kahwin. RM10,000 tak cukup, paling kurang kena buat RM20,000.
  2. Gaji baru RM2,500 dah teringin nak pakai Honda City. Tak pun paling cikai Perodua Myvi full spec. Senang lulus, kan.
  3. Dapat kuarters, terus selesa sampai tak nak langsung usaha beli rumah sendiri. Kalau boleh, nak duduk kuarters sampai pencen.
  4. Tak yakin boleh komited untuk bayar hutang beli rumah untuk jangka masa panjang. Sebab sebelum ni nak simpan RM100 pun payah.
  5. Dalam payslip banyak penolakan. Angkasa, koperasi saja dah sampai 30% gaji. Nak beli rumah dengan LPPSA pun tak lepaslah.
  6. Mungkin juga ada yang tak berkenan dengan design dan lokasi rumah bawah RM150,000 tu nanti. Iyalah, kalau boleh nak banglo, kan.

Bila saya cerita pasal penjawat awam ni, mesti ada pentaksub yang gila-gila nak back up penjawat awam. Macam tak boleh dikritik.

Ayat biasa,

“Bukan penjawat awam je yang tak mampu beli rumah. Kerja swasta pun ramai lagi yang tak mampu ye. Kenapa nak kutuk kami saja?”

Kutuk?

Dah tajuk berita tu pasal penjawat awam, jadi kita cerita pasal penjawat awamlah. Janganlah emosi sangat. Nanti cepat tua!

Sumber : Harith Faisal

TIPS GAJI RM2,000 NAK BELI RUMAH

SHARE lelaju bagi semua kawan-kawan kau yang bergaji RM2,000 baca sekali. Supaya berputik harapan, disertakan pula dengan panduan, pasti jadi kenyataan.

  • Kau yang tak pernah nak ambil tahu pasal hartanah, memang akan rasa mustahil benda ni akan berlaku. Dengan gaji RM2,000 nak beli rumah RM200,000 pun tak lepas, apatah lagi nak beli 3 buah rumah, kan. Baca bagi habis.
  • Memang bukan semua orang boleh buat. Tapi kalau kau sanggup buat, kau dapatlah rasa hasilnya nanti. Rahsianya, mulalah dengan yang kecik. Cari rumah lelong yang harga sekitar RM100,000 hingga RM110,000.
  • Nak dapatkan modal tu, simpanlah 50% daripada gaji kau. Nak lagi cepat cukup modal dan senang lulus pembiayaan, kau tak payah usik gaji kau tu. Simpan 100%. Kau hidup dengan duit daripada side income.
  • Bila bank tengok kau boleh simpan RM1,000 sampai RM2,000 setiap bulan, bank akan kagumlah juga. Takkan kau tak mampu nak bayar ansuran rumah lelong tu yang hanya sekitar RM500 hingga RM600.
  • Gaji kecik susah nak lulus pembiayaan? Mungkin kau kena pilih untuk buat side income yang boleh dibuktikan kepada bank akan kewujudan dan asal usulnya. Contoh, ejen takaful, konsultan unit trust, jual penapis air ke.
  • Lepas dapat beli rumah pertama tu, kau buat fully furnished dan sewakan per head. Katakan kau dapat total sewaan RM1,000. Sebab nak bagi gempak, kita ambil contoh yang paling sedap. Sebenarnya, logik je. Asalkan kawasan tu bagus.
  • Kau sewakan 6 bulan, dan kau dah boleh beli rumah yang kedua pula. Tak semua bank ambil 100% hasil sewaan sebagai pendapatan kau. Ada yang ambil 80% dan 50% pun ada juga. Ikut bank. Jadi, kita ambil contoh 80% lah.

Gaji hakiki: RM2,000
Sewaan: RM1,000 x 80% = RM800
Total: RM2,800

  • Jumlah income kau sekarang adalah RM2,800. Dari awal dulu, income kau hanya RM2,000 sekarang dah naik jadi RM2,800. Untuk kiraan kelayakan, bank akan kira ikut RM2,800. Tak masuk side income lain lagi ni.
  • Apa lagi tunggu, kau mungkin dah boleh beli subsale harga sekitar RM150,000 pula. Nak beli lelong lagi sekali pun boleh. Ikut suka hati kau lah. Kalau lelong, lebih mudah nak dapat rumah positive cashflow sewaannya.
  • Ulang balik apa yang kau buat kat rumah pertama tadi tu. Selepas 6 bulan, beli rumah ketiga pula. Pastikan buat tenancy agreement dan dimatikan setem di LHDN. Lepas 6 bulan, tenancy agreement tu valid sebagai income.
  • Rumah ketiga kau, boleh survey yang harga RM200,000. Mungkin untuk rumah ketiga ni kau kena beli rumah subsale lah. Ada sebab-sebab dia. Hint: LTV 70%.

SHARE jika bermanfaat dan selamat membaca!!

SUMBER : HARITH FAISAL

KHAIRUL HELMI

Save | Earn | Give | Charity

DIARI KEWANGAN DAN HARTANAH

Menulis Tentang Pengurusan Kewangan & Cara Memiliki Rumah

Discover WordPress

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

The Atavist Magazine

Menulis Tentang Pengurusan Kewangan & Cara Memiliki Rumah

Longreads

Longreads : The best longform stories on the web

WordPress.com News

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan